Monday, December 28, 2009

PROJEK TAMAN BUAH PITAYA(DRAGON FRUIT)

Buah Naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya ialah tanaman baru yang belum diterokai sepenuhnya di negara kita. Di Malaysia, kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang sememangnya di usahakan secara besar-besaran di Malaysia. Namun demikian, penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain.

Kebaikan Penanaman Buah Naga
1. Sejenis buah yang tulen dan tidak memerlukan racun serangga.
2. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian.
3. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan.
4. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah.
5. Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut.
6. Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis).
7. Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air besar.

Objektif:
· Membantu para pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam subjek Sains Pertanian.
· Mewujudkan satu tapak untuk membolehkan para pelajar menjalankan kerja-kerja amali seperti membaja dan mencantas.
· Mengatasi masalah “mismatch” berkaitan P&P Sains Pertanian yang dilakukan di sekolah dengan apa yang berlaku dalam industri semasa khususnya dalam sektor pertanian.
· Mendedahkan para pelajar dengan kemahiran pertanian serta pengurusan tanaman.

Jawatankuasa Pelaksana Projek
Pengerusi : Pn. Hjh. Siti Radziah Bt. Hussin (Tn. Pengetua S.M.K. Sg Manik)

Naib Pengerusi: Pn. Hjh. Siti Aliah Bt Jalaluddin (PK Pentadbiran S.M.K. Sg Manik)

Setiausaha : Pn. Hjh. Zarinah Bt. Anang (Ketua Bidang Teknik & Vokasional)

Ketua Projek : Chong Chee Koon

AJK Projek : Para Pelajar Aliran Sains Pertanian S.M.K. Sg Manik.












Tunas buah Pitaya ditanam bersandar dengan tiang konkrit.




TIANG KONKRIT TELAH DIDIRIKAN

No comments:

Post a Comment